Header Ads

Seberapa Kerap Kucing Perlu Dimandikan


Perlakuan kucing boleh dikategorikan sebagai haiwan peliharaan yang berdikari. Walaupun begitu, ia selalu dianggap sebagai mampu membersihkan diri sendiri dan melakukan urusan tandas dengan sempurna. Sebagai pemilik yang prihatin terhadap kebersihan kucing dan persekitarannya, seseorang itu haruslah memastikan kucing mereka dimandikan secara berkala agar bulu mereka kekal cantik dan kemas . Persoalannya, berapa kerapkah kucing perlu dimandikan?

Bebas atau Dikurung
Kucing yang berada dalam persekitaran tertutup seperti di dalam rumah adalah kurang terdedah kepada habuk dan kotoran serta bakteria dan kuman yang berbahaya. Manakala kucing yang dibiarkan bebas lebih terdedah kepada persekitaran dan pergaulan yang mungkin boleh menyumbang kepada jangkitan seperti kutu dan bakteria. Dua faktor ini boleh menentukan sama ada ia perlu dimandikan dengan lebih kerap ataupun tidak. Walaupun begitu, suhu badan kucing perlu dipastikan stabil agar mereka tidak menghidap demam. Jika cuaca sejuk, kucing boleh dimandikan dengan air suam, sama seperti suhu air untuk mandian bayi.

Lebih kerap untuk kucing berbulu panjang
Kucing jenis berbulu panjang (long hair) perlu lebih kerap diperhatikan sturktur bulu mereka. Seperti yang kita semua maklum bahawa bulu yang panjang memerlukan penjagaan yang lebih, kerana kotoran sering terperangkap di celah-celah bulu tersebut. Atas sebab ini, kucing perlu dimandikan atau terus ke sesi grooming di kedai yang menyediakan khidmat tersebut. Tempoh mandian juga akan menjadi sedikit lama bagi memastikan kotoran yang terperangkap dalam bulu mereka benar-benar hilang.

Faktor Usia
Semakin berusia kucing anda, semakin kurang kecekapan mereka untuk menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Sebagai pemilik feline ini, anda harus lebih perihatin untuk memandikan kucing yang lebih berusia. Walaupun begitu, janganlah terlalu lama dalam sesi mandian bagi mengelakkan ia mendapat selsema atau batuk. Kucing juga akan tertekan jika tidak diuruskan dengan baik ketika mandi.

Tips Berguna
Gunakan syampu yang sesuai untuk memandikan kucing anda. Adalah lebih penting untuk syampu tidak mengenai mata kucing tersebut. Ini bagi mengelakkan kecederaan pada mata kucing dari benar-benar dapat dibersihkan. Pelbagai jenis syampu yang terdapat di pasaran yang boleh menjadi pilihan mengikut kesesuaian jenis kucing yang anda miliki. Didiklah kucing anda untuk biasa dimandikan dari kecil agar ia menikmatinya atau setidak-tidaknya boleh menerima situasi ini sebagai suatu rutin. Anda akan menikmati suasana yang labih teratur dan kucing anda akan mendapat manfaatnya.



Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.