Header Ads

6 FAKTA MENARIK MENGENAI KUCING!


Kebanyakkan masyarakat di negara kita menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, dan pastinya mereka memahami setiap pergerakkan kucing mereka. Kerenah dan sifat kucing itu sendiri yang begitu manja, menyebabkan ramai yang sanggup menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Namun, tahukah anda tentang beberapa fakta menarik yang boleh dihuraikan mengenai kucing? Jom tengok!

1 Haiwan peliharaan kucing ini boleh dimandulkan atas sebab mahu menjaga kebajikannya dan berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu “bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah”. Jika anda mengebirikan kucing, anda mampu menambah jangka hayat hidupnya antara dua hingga tiga tahun.

2 Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai ‘tapetum lucidum’, satu lapisan tambahan yang bertugas untuk menyerap cahaya. Luas pandangannya adalah 200 darjah.

3 Kucing tidak dapat melihat secara langsung pada bahagian bawah hidung mereka. Ini menyebabkan mereka terlepas makanan yang berada betul-betul berada di hadapan mereka. Jadi tidak hairanlah jika makanan yang anda berikan kepada kucing, kadangkala mereka tidak nampak.

4 Kucing tidak boleh merasa benda manis. Saintis percaya bahawa mutasi pada deria reseptor utama, menghalang kucing daripada merasai gula. Tiada kucing yang akan tahu kegembiraan dan kemanisan ‘Cupcake’. Jadi, tidak perlu berikan kucing anda makanan yang manis-manis. Ini akan memudaratkan kesihatan mereka.

5 Kucing menggunakan misainya untuk menjangka jarak dan mengesan perubahan kecil dalam tekanan udara atau sebagai pengesan. Jadi, sebagai pemilik, janganlah potong misai kucing anda untuk kelihatan rare. Kucing boleh hilang arah tuju jika misai mereka dipotong.


6 Kajian sains mendapati, perbuatan membelai kucing boleh menurunkan tekanan darah tinggi seseorang, mengelakkan serangan jantung. Kajian juga mendapati bahawa anak kecil yang mempunyai kucing, mempunyai tahap imunisasi badan yang tinggi, serta dapat mengelakkan penyakit asma daripada menyerang. 

Pssttt~ Ada juga fakta yang mengatakan jika pemilik kucing berkahwin dengan pencinta kucing yang lain, maka perkahwinan mereka akan bahagia selamanya. Jadi.. Cepat cari soulmate anda.. 💘
 

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.