Rawatan Akupuntur Untuk Bulus
Bila si bulus kesayangan anda mengalami masalah kurang selera makan,
pasti anda risau kan? Habis semua makanan dibeli untuk menarik minat si bulus
untuk makan. Hasilnya tetap sama, makanan tidak dijamah. Jika doktor mengesyurkan
si bulus untuk menjalani rawatan secara akupuntur, cubalah! Tapi bagi sesiapa
yang risau tentang rawatan ini. Jom lihat kebaikan kaedah rawatan ini untuk si
bulus.
Akupuntur Veterinary
Kaedah rawatan secara akupuntur diterima baik oleh kalangan veterinar,
sebagai salah satu kaedah rawatan tradisional yang berguna untuk menyokong
rawatan konvensional. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan, gangguan rangka
dan berfungsi sebagai alat diagnostik. Veterinar cenderung untuk menggunakan rawatan
akupunktur hanya dalam hal-hal tertentu, dan bukannya sebagai rawatan utama
bagi setiap penyakit yang dihidapi oleh haiwan. Pastikan rawatan akupuntur yang
dijalankan ke atas si bulus, dibuat selepas mendapat nasihat daripada doktor
veterinar anda.
Rangsang Selera
Makan
Hilang selera makan merupakan satu tanda kesihatan si bulus anda
berada pada tahap yang kurang baik. Rawatan akupuntur dapat membantu si bulus untuk
merangsang pergerakan tenaga dalam badan mereka. Mengikut teori perubatan
tradisional Cina, rawatan ini boleh membantu memulihkan sekatan yang ada di
dalam badan si bulus dan dapat mengimbangi tenaga di dalam tubuh badan mereka. Selain
dapat memulihkan selera makan si bulus, rawatan ini juga dapat merawat penyakit
hati dan buah pinggang.
Perubatan Sokongan
Rawatan tradisional akupuntur ini, terbukti dapat membantu si bulus yang
mempunyai masalah yang lebih serius seperti buah pinggang. Rawatan ini dapat membantu
kaedah rawatan lain dengan baik, kerana akupunktur dapat merangsang buah
pinggang dan kecergasan si bulus. Rawatan ini lebih bersifat semulajadi dan
tidak melibatkan sebarang pembedahan atau kaedah penggunaan mesin-mesin
perubatan yang lain, tetapi hanya menggunakan beberapa batang jarum halus khas
untuk akupuntur.
Rawatan
Jarum! Bukan sahaja menakutkan si bulus malah pemiliknya juga pasti
akan gerun apabila mendengar perkataan 'jarum' ini. Jangan risau, jarum halus
yang digunakan dalam rawatan ini lebih halus dan tidak menyakitkan, jika hendak
dibandingkan dengan jarum yang doktor veterinar gunakan untuk memberi suntikan
kepada si bulus. Semasa sesi rawatan dijalankan, si bulus akan rasa lebih
tenang dan adakalanya mereka akan tertidur.
p/s: Doktor veterinar anda akan mengesyorkan kekerapan yang sesuai
bagi rawatan ini ke atas si bulus anda. Jadi, anda sudah boleh cuba kaedah
rawatan ini jika disyorkan oleh pakar. Tak perlu risau lagi..
Post a Comment