Before You Go! 6 Langkah Bawa Si Bulus Travel
Berjauhan dari si bulus bukannya mudah. Lebih-lebih lagi, anda perlu
berjauhan selama berhari-hari atau berminggu-minggu dengan mereka. Dengan
teknologi yang ada sekarang, anda dan si bulus dapat bersama walau apa sahaja
keadaan. Jom lihat langkah untuk bawa si bulus meneroka dunia bersama!
Nasihat Pakar
Pastikan anda mendapat nasihat dari doktor veterinar dan memberitahu
ke mana anda akan bawa si bulus. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti keadaan cuaca
dan risiko penyakit yang ada di tempat tersebut, sekaligus doktor dapat
mengenal pasti vaksin yang perlu di ambil dan kesan yang akan dihadapi oleh si bulus
anda, apabila berada di sana.
Ruang Yang Selesa
Anda perlu memastikan tempat yang digunakan untuk meletakkan si bulus
berada dalam keadaan yang baik, besar mengikut saiz si bulus, sesuai untuk
bergerak dan mempunyai pengaliran keluar masuk udara yang baik. Elakkan si bulus
keluar dari sangkar mereka semasa perjalanan. Dikhuatiri si bulus tidak biasa berjalan
jauh dan 'mood' mereka berubah, ini boleh mengundang bahaya untuk perjalanan
anda dan si bulus. Jika si bulus sudah biasa mengembara bersama anda, biarkan
si bulus jadi co-pilot anda sepanjang perjalanan.
Survey
Penting untuk anda mengetahui, destinasi yang anda tuju bersama dengan
si bulus berhampiran dengan klinik veterinar atau tidak. Ini bertujuan untuk
memudahkan hal-hal kecemasan yang berkaitan dengan si bulus. Jangan lupa! Bawa
bersama rekod dan kad perubatan si bulus anda bagi memudahkan proses rawatan.
Penginapan
Cari tempat penginapan yang membenarkan anda membawa haiwan peliharaan
tinggal bersama. Kebanyakan hotel yang ada selalunya tidak membenarkan haiwan
peliharaan untuk tinggal bersama dengan pemiliknya, lebih-lebih lagi apabila anda
terpaksa meninggalkan si bulus anda bersendirian di hotel kucing berhampiran.
Pastikan tempat penginapan anda berhampiran dengan hotel kucing, di mana anda
boleh meninggalkan si manja anda dengan selamat di sana.
Keperluan Si Manja
Sediakan sebuah kotak khas buat menyimpan semua kelengkapan si manja
anda seperti mainan kegemaran dan makanan, bekas minuman, pasir kucing, bekas
litter travel, plastik kitar semula dan scooper. Bawa bekalan air untuk si bulus
anda, bagi mengelakkan perut si bulus 'meragam' selepas minum air di tempat
lain.
p/s: Ambil langkah mudah ini dan bawa si bulus anda meneroka keindahan
alam bersama! Jadikan perjalanan anda besama si bulus indah dan padat dengan
kenangan. Cabar diri anda untuk bawa si bulus mengembara bersama.. Pasti lebih seronok! 💗
Post a Comment