Header Ads

Pujaan Hatiku! 6 Sebab Kenapa Kucing Jadi Pendamping


Sukar untuk menolak kehadiran haiwan berbulu yang comel seperti kucing dalam kehidupan manusia. Kehadiran mereka dapat memberi perubahan kepada pemiliknya, kerana cara mereka mendekatkan diri kepada anda pasti akan meluruhkan hati semua, tidak kira peringkat umur. Kenapa? Ada sebabnya, jom check it out!

Berdikari
Kucing merupakan salah satu haiwan yang boleh dikategorikan sebagai haiwan yang pandai berdikari. Jadi anda tidak perlu risau untuk meninggalkan kucing anda sendirian di rumah selama berjam-jam, kerana kucing pandai menjaga diri mereka dan tidak akan menyusahkan anda. Malah ada di antara si manja yang akan menyambut kepulangan anda di depan muka pintu selepas pulang dari kerja. Pasti hilang semua penat anda. Percayalah!

Pembersih
Kucing merupakan haiwan paling pembersih. Mereka akan menggunakan satu per tiga masa untuk membersihkan bulu dan anggota badan mereka. Alaa.. Senang cerita mereka pun tahu berdandan sendiri. Walaupun tidak dimandikan dalam tempoh masa yang lama, kucing tidak akan mengeluarkan bau busuk, berbanding haiwan peliharaan lain yang akan berbau busuk jika tidak dimandikan dalam tempoh masa yang lama.

Toilet Trained
Tidak dapat disangkal lagi tahap kebersihan haiwan ini, apabila mereka dapat diajar dengan mudah cara menggunakan litter box. Jika si manja anda sudah terbiasa menggunakan litter box, pastinya mereka tidak akan membuang najis mereka di bahagian yang tidak sepatutnya, seperti rumput karpet yang anda tanam di laman rumah anda atau di atas sofa. Mereka akan mencari bekas litter mereka walau apa cara sekali pun.

Menenangkan
Jangan tak tahu! Bulu kucing adalah salah satu terapi yang dapat menenangkan anda walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Penat seharian di tempat kerja pasti akan hilang jika anda memeluk si bulus ni. Mereka merupakan pakar terapi yang dapat menenangkan anda. Terbaik..

Penghibur
'Aku Penghibur Mu'. Bukan sekadar lirik lagu. Jika kucing anda dapat menyanyi, pasti mereka akan nyanyikan lagu ini untu anda. Kenapa? Kerana, kucing merupakan haiwan yang penuh dengan hiburan. Memiliki si bulus ini pasti menjadikan hari-hari anda dipenuhi dengan hiburan, hanya dengan melihat mereka bermain. Aksi-aksi mereka pasti membuatkan anda tersenyum. Walaupun mereka datang kepada anda apabila nama mereka dipanggil. Pasti anda akan rasa terhibur kan? Jadi, kucing adalah haiwan terbaik yang boleh dijadikan peneman dalam kehidupan anda. Mereka ini pintar..

Sebaik-baik Ciptaan

Tidak hairanlah kenapa kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W satu ketika dahulu. Mereka merupakan sebaik-baik ciptaan yang diturunkan untuk menjadi sahabat terbaik anda. Jika anda memberikan kasih sayang kepada mereka, mereka akan berikan kasih sayang yang lebih untuk anda. Yang mana fobia dengan kucing, cubalah kenali haiwan ini dengan lebih rapat lagi. Pasti anda akan jatuh cinta dengan mereka.

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.