Header Ads

6 Baka Kucing Penyayang!

Kehadiran si bulus pastinya tidak dapat ditolak dalam kehidupan harian kita. Dengan adanya si bulus, pasti membuatkan hari-hari kita ceria, dengan melihat telatahnya.

Setiap kucing dari berlainan baka mempunyai keistimewaan tersendiri dalam setiap hubungan bersama pemiliknya. Jom lihat baka yang cenderung untuk 'berkasih sayang' dengan manusia.


Scottish Fold / Scottish Straight
Baka ini ada dua jenis, sama ada bertelinga bengkok dan bertelinga tegak. Tidak boleh berenggang dan ingin berada dekat dengan seseorang yang istimewa. Baka jenis ini merupakan baka yang hanya akan 'memuja' pemiliknya. Tenang dan tidak akan menyusahkan pemiliknya.


Ragdolls
Baka jenis ini cenderung kepada sifat tenang dan santai. Ragdolls merupakan baka jenis penyayang dan manja. Si bulus ini suka kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Sesuai dengan namanya Ragdolls, si bulus ini pasti menjadi kesayangan.


Tonkinese
Suka bersosial dan berkawan. Baka Tonkinese lebih cenderung bergaul untuk mendapatkan kasih sayang dan bermanja dengan semua orang, terutama sekali pemiliknya. Tonkinese mmerupakan baka yang boleh diajak berkomunikasi dan boleh menghabiskan berjam-jam lamanya bersama.


Birman
Memiliki baka jenis ini untuk dijadikan haiwan peliharaan adalah sangat baik. Kenapa? Kerana, baka jenis ini merupakan baka yang boleh menjadi tempat untuk anda meluahkan perasaan dan setia mendengar rintihan anda. Baka jenis ini juga akan melayan anda seperti mereka sedang melayan anak kucing. Comel kan!


Kurilian Bobtail
Mempunyai ekor 'kontot' secara semulajadi, baka jenis ini nampak liar tetapi sebenarnya si bulus ini penuh dengan kasih sayang dan lembut. Tak kenal maka tak cinta. Pemilik Kurilian Bobtail pastinya bertuah memiliki si bulus ini kerana sifat mereka yang suka bersosial dan sangat bijak  dapat memberikan hiburan kepada anda. Kurilian Bobtail juga setia dalam berkawan.


Burmese

Nampak biasa seperti kucing biasa. Tetapi baka jenis ini merupakan baka yang boleh menyesuaikan diri dengan suasana rumah anda. Kucing yang suka bersosial dan berada di kalangan pemiliknya ini sangat sukakan bayi, orang-orang tua dan semua orang yang ada dalam sebuah keluarga. Jika ada baka jenis ini, anda pasti tidak akan berasa sunyi.

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.