AWAS! Tanda Si Bulus 'Benci' Anda!
Memiliki
kucing sebagai haiwan peliharaan merupakan satu terapi, di mana emosi pemilik
bulus akan menjadi baik selepas melihat telatah mereka yang comel dan lucu.
Tetapi, awas! Dalam kecomelan dan kelucuan si bulus, anda mungkin 'dibenci' oleh
mereka. Jom lihat tanda si bulus mula 'benci' anda dalam diam!
Cenderamata Hairball
Selalunya kucing yang berbulu
panjang akan mengeluarkan hairball. Hairball boleh menyebabkan kucing batuk dan
muntah. Dengan berbuat begitu mereka akan merasa lega kerana hairball telah
dikeluarkan. Tetapi berhati-hati, jika si manja 'berdendam' dengan anda,
kemungkinan besar permaidani import anda menjadi 'port' untuk mereka keluarkan
hairball.
'Wangian' Si Bulus
Menjadi kebiasaan kucing jalanan
yang akan meninggalkan tanda-tanda yang kurang enak pada rongga hidung anda.
Hati-hati! Jika si bulus anda 'buat perangai' tempat paling empuk seperti sofa,
akan menjadi tempat 'penanda' mereka. Si bulus akan memberontak dan
meninggalkan bau-bauannya di ruang rumah anda, bila anda lupa untuk
membersihkan bekas litter mereka. Jadi, tuan bulus semua, jangan lupa bersihkan
bekas litter box si manja anda.
Cari Gaduh
Si bulus yang membenci si tuan,
selalunya akan mencari 1001 idea untuk menyakitkan hati tuannya. Dapat dilihat
semasa anda di dapur. Bekas makanan si bulus masih banyak, tetapi si bulus
tetap cuba mencuri ikan yang ada, walhal si bulus tidak makan ikan yang di
ambilnya. Jangan marah, ini semua si bulus lakukan untuk menarik perhatian
anda.
Mangsa sebagai hadiah
Kucing merupakan haiwan pemangsa
yang baik. Setakat haiwan yang kecil seperti tikus, lipas dan lipan, sudah
menjadi 'makanan' mereka untuk 'dikerjakan'. Tetapi yang mengejutkan, si bulus
membawa masuk mangsa mereka ke dalam rumah dan di biarkan merata-rata.
Tahu-tahu sahaja ada bau bangkai dalam ruangan rumah anda.
Bulu
Kucing dan bulu tidak dapat
dipisahkan. Bulu kucing walau diberi rawatan terbaik sekali pun tetap akan
tertanggal. Si bulus selalunya akan duduk di tempat-tempat penting kepunyaan
anda seperti baju. 'Port' paling seronok untuk didiami oleh si bulus adalah
baju. Baju yang anda selalu guna pakai akan menjadi tempat kegemaran mereka,
kerana mereka ingin anda menyedari tentang kewujudan mereka.
Hilang
Selalunya barang-barang kecil
seperti getah rambut, sapu tangan dan botol ubat sentiasa menjadi permainan si
bulus. Sebelum semuanya hilang dari pandangan mata anda, lebih baik anda
menyimpan barang-barang penting yang menjadi permainan si bulus ditempat yang
selamat dan terhindar dari si dia.
Tindakan yang diambil oleh si bulus bukanlah untuk membenci anda sebagai pemilik, atau membuat anda membenci 'perangai' mereka. Si bulus melakukan 1001 muslihat adalah untuk menarik perhatian anda dan ingin bermanja. Jadi, pastikan anda sebagai pemilik, punya ruang dan peluang untuk mereka bermanja ya.. 😊
Post a Comment