Header Ads

11 Petanda Yang Kucing Mula Sayangkan Kamu


Kita sudah biasa dengar tentang manusia amat sayangkan kucing. Tapi kita jarang dengar jika kucing amat sayangkan manusia. Kadang, bagi si bulus keperluan untuk hidup saja tidak mencukupi. Mereka juga memerlukan belaian serta kasih sayang daripada kita juga. Tapi bagaimana nak mengetahui kucing itu betul-betul sayangkan kita ataupun tidak? Jom kita rungkai persoalan yang bermain di minda ini.



Suka Usap Kening Pada Kita
Pernah tak tetiba korang terkejut sebab si manja kita ni usap pada tangan kita dengan kening dia? Kalau ada, jangan buat tak endah tau. Tu petanda-petanda awal si kucing dah start sayangkan kita. Tapi jangan fefeeling sangat kenkadang. Mungkin petanda itu juga bermaksud korang belum sediakan makanan untuk dia dan minta korang sediakan cepat. HAHAHA maybe agak kelakar part yang itu, tapi mostly petanda dia mengusap-usap kita dengan kening dia tanpa mengeow, memang si bulus dah mula terbuka hati untuk sayangkan korang.



Tempek Pipi Dia Dekat Kita
Kadang selalu tengok kucing kita usap-usapkan pipi dia dekat bucu perabot almari, sofa ataupun di sekitar dinding di rumah. Mungkin si bulus sedang menandakan kawasan jajahan mereka. Kadang si bulus juga akan menempek pipi mereka pada kita. Maybe kucing pun tandakan kawasan jajahan pada korang juga. Menandakan bahawa korang adalah hak milik dia. Tiada haiwan lain yang boleh berkongsi. Seakan-akan begitu lah. Tapi menurut veterinar iaitu Dr. Mary Becker, kucing berbuat begitu kerana dalam masa yang sama kucing merembeskan minyak secara halus pada objek yang dia nak tempek. Tapi jangan risau, minyak tu tak merisikokan korang dan tidak bahaya pun.

Punggung Terangkat Bila Korang Usap
Bagi korang yang tidak tahu, punggung kucing adalah bentuk ‘Tahap Mood’ mereka. Jika punggungnya menegang dan tegak keatas dan juga keras, itu menandakan yang si bulus sedang terkejut, ketakutan atau dia sedang merasakan adanya musuh di sekitar dia. Jika punggungnya menurun lembik, lemah dan seperti ikut rentak badan dia itu tandanya mood si bulus dalam keadaan baik dan dia rasa selamat di sekeliling dia. Tapi jika si bulus mengangkat punggung dia dan usap-usap di sekitar kaki korang, tu memang tanda itu dia bagitahu yang dia memang sayang gile kat korang.



Buat Eye Contact
Yang ini punya petanda, memang dah sure-sure si bulus sayangkan korang. Petanda ni korang boleh nampak kalau korang berdua tengah baring sama-sama dan korang menatap mata antara satu sama lain, macam orang tengah bercinta gitu. Walaupun bunyinya agak kelakar, tapi ini memang salah satu petanda yang si bulus memang betul-betul sayang kan korang.

Purring (Mengeram) Dengan Kuat
Korang tak perlu takut jika tetiba dengar kucing korang macam mengeram (purring) dengan kuat. Selalu kita akan dengan kucing berpurring bila dia tengah duduk atas ribaan bila tengah mengusap dia. Bila si bulus buat reaksi yang begitu, sebenarnya dia teramat tenang dan selesa bila korang usap-usap begitu. 

Sentiasa Ingin Dekat Dengan Korang
Tak kiralah korang ke bilik air hinggalah ke dapur atau ke ruang tamu, si bulus ni mesti nak ikut korang je. Bila korang tengah duduk buat kerja, dia pun setialah duduk dekat-dekat dengan korang. Kalau ada petanda macam itu, memang sahlah kucing sayang dekat korang. Kadang korang pun rasa rimas sebab si bulus ni dah macam jadi bodyguard dengan korang lah. Tapi jangan sampai merengus sudahlah. Biasalah haiwan tak pandai nak bercakap dengan kita, so dengan cara macam ni lah kucing nak bagitau dekat kita.



Memicit Badan Kita Bila Sedang Baring
Ni dah macam dapat urutan free dari si bulus tau. Kadang bila si meow ini baik hati memicit badan kita bila tengah baring, dalam masa yang sama dapat hilangkan penat kita dalam tak sedar. Kalau korang pernah dapat service macam ni lepas penat kerja kat luar, memang gerenti punyalah si bulus sayangkan korang. Ataupun apabila si bulus memicit badan kita, mungkin dia terflashback kenangan dia masa kecil, mungkin rindukan ibunya semasa sedang menyusu.

Jilat Tangan dan Telinga Kita
Kita selalu tengok aksi ini bila ibu kucing menjilat anak-anaknya. Selalunya bila dia buat begitu, itu maknanya dia sedang grooming kesayangan dia. Menandakan  bahawa dia sanggup gunakan lidahnya untuk membersihkan yang lain. Kalau ada kucing pernah buat macam ni dekat korang. Memang sah-sahlah tu.



Bawakan ‘Hadiah’
Jangan marahkan si bulus jika memberikan ‘hadiah’ yang korang anggap seperti ‘Euwww’ atau ‘Aishhh’. Jangan mengeluh okey. Jika kucing membawa balik hasil buruan dia dari luar, just terima dengan hati terbuka. Si bulus mungkin sudah bersusah payah membawa ‘hadiah’ berharga yang diburunya dari luar rumah semata-mata ingin membalas budi yang korang telah berikan kepada si bulus. So, jangan mengeluh kalau tetiba dapat bangkai tikus, serangga ataupun burung di depan rumah korang.

Mengeow Kuat
Korang mesti terkejutkan kalau si bulus tetiba mengeow dekat korang dengan nada yang kuat? Si bulus mengeow dengan kuat dekat korang bukan sebab dia marahkan korang atau pun nak mengawan. Kemungkinan si bulus baik hati nak buat persembahan nyanyian dekat korang tapi dengan cara kucing lah. Korang patut appreciate tau. Bukan selalu jumpa kucing yang berani nak tonjolkan bakat dia kat korang. Tepuk tangan dan layankan aje kerenah si manja korang.



Gigit Kita Dengan Lembut
Saling menggigit antara kucing bukanlah selalu bermaksud pergaduhan dalam dunia kucing. Kenkadang, itu menandakan bermulanya tanda persahabatan dengan kenalan baru. Selalu mesti kita nampak si bulus kita main sambil gigit manja gitu dengan kucing lain. Itu menandakan dia anggap kucing lain itu dah kam-ching dengan dia. Kalau nampak si bulus pun gigit manja dengan kita, tu maknanya dia pun dah anggap kita sebagai kawan dia juga.

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.