Header Ads

10 Tanda-Tanda Kucing Kamu Akan Mati


Mengucapkan selamat tinggal tentunya bukan perkara mudah buat kucing kesayangan yang menjadi peneman di setiap hari anda, bahkan telah menjadi sebahagian daripada hidup dan keluarga kamu.

Tentu ia adalah saat paling menyedihkan bagi mereka yang bergelar pecinta kucing. Pun begitu, harus kita tahu beberapa tanda kucing akan pergi meninggalkan kita.

Setidaknya. kita dapat melakukan apa yang perlu sebelum kematian menjemput mereka untuk menunjukkan betapa sayangnya kita kepada mereka. Tentu juga, ada pemilik yang lebih redha melihat dia pergi dari menderita menahan kesakitan yang berpanjangan.

1. Kucing Menjadi Pasif
Kucing sudah mendekati kematianya atau sedang dalam kondisi sakit yang sangat tenat akan menjadi pasif . Kucing akan berbaring, tidur seharian dan tidak bergerak seolah-olah  sukar untuk ia menggerakkan badannya. Akhirnya, tubuh  kucing akan mulai mengeras dan kaku.

2. Kucing Tidak Bersuara
Sesuai dengan kondisi dan tenaganya yang makin lemah, begitu juga dengan suaranya. Ada juga kucing yang mengeluarkan suara nyaring sebelum kematian disebabkan rasa sakit yang dialaminya.

3. Penurunan Suhu Badan & Denyut Jantung
Kucing memiliki suhu rata-rata 36 darjah celcius dan akan semakin menurun bila mendekati kematian, denyut jantungnya pun juga semakin lama semakin melemah. Denyut jantung biasanya akan menjadi semakin tidak teratur sebelum berhenti berdetik.

4. Perubahan Karakter
Tentu kita akan berasa pelik apabila kucing yang suka dibelai tidak suka dipegang, si manja menjadi pemarah atau si periang menjadi sedih. Dalam kes lain pula, ada kucing yang bersifat independent atau sering keluar rumah kini selalu berada di rumah untuk mendapatkan perhatian dan ingin menemani kamu di saat hujung nyawanya.

5. Bersembunyi
Kucing yang sudah tahu bahawa ia akan mati tidak lama lagi akan mulai mencari tempat yang dianggapnya sangat tenang di kawasan teduh atau gelap. Bahkan, tempat persembunyian ini kadang kala jauh dari rumah, seolah-olah tidak mahu kamu melihat saat kematiannya.

6. Perubahan Pola Makan
Makanan kegemarannya kini tidak lagi disentuh. Seolah-olah tidak lalu makan atau sedang berpuasa. Langkah awal, sila bawa ke veteriner untuk diperiksa. Kadang kala, mungkin ada sebab lain kenapa ia tak mahu makan.

7. Perubahan Penampilan
Kucing pada ketika ini dapat melihat bahawa auranya makin melemah dan wajahnya kusut dari kebiasaannya. Hal ini kerana ia sudah tidak mempunyai tenaga untuk mandi secara sendiri.

8. Kejang
Tanda-tanda kucing akan mati lainya ialah kekejangan. Kejang ini biasanya akan terjadi beberapa jam sebelum kematianya.

9. Nafas Tak Teratur
Graf pernafasannya menjadi tidak teratur dan boleh didengari. Kucing akan mula mengeluarkan lidahnya dan mulut ternganga seolah-olah sukar untuk bernafas.

10. Menghilangkan Jejak
Kadang-kadang, ada kucing yang pergi dan hilang tanpa jejak. Mungkin dia tidak mahu kamu berasa sedih untuk menguruskan kematiannya.

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.