Header Ads

Hidey Si Kucing ‘Dreadlocks’

Jika seorang lelaki menyimpan rambut dreadlock mungkin akan kelihatan cool, tapi tidak bagi kucing. 

Itulah nasib Hidey, seekor kucing betina yang dipelihara oleh seorang pemilik yang menghidap Alzheimer  di Pennysylvania Amerika Syarikat yang terabai hingga menjadikan bulunya berubah menjadi panjang dan keras (dreadlock). Selain Hidey, warga emas yang berusia 82 tahun ini turut memiliki seekor kucing Siam yang diberi nama ‘Siam'.

Sumber: Western PA Humane Society 


Paul Russel, saudara jauh lelaki warga tua itu pada mulanya menyangka bahawa lelaki itu hanya membela seekor kucing. Sehingga diberi tahu bahawa dia sebenarnya mempunyai dua ekor kucing, Russel terus mencari Hidey. Dia menjumpai Hidey di bilik bawah tanah dalam keadaan seperti sedang memakai selimut. Persis seakan makhluk dalam cerita seram.



Sumber: Western PA Humane Society 

Hidey mendapat rawatan di Pusat Kebajikan dan Rawatan Haiwan Liar Pittsburgh. Melihat pada kondisinya, kucing tersebut telah diabaikan bertahun-tahun lamanya, berdasarkan keadaan bulunya yang terlalu panjang. Kakitangan pusat terbabit kemudian mencukur keseluruhan bulu badan kucing itu dengan anggaran berat bulu tersebut kira-kira 2 pound!



Sumber: Western PA Humane Society 

Walaupun Hidey 'terabai', kucing berkenaan pandai mencari makanannya sendiri dan dikategorikan sebagai gemuk. Kini, sejak dibenarkan keluar dari hospital doktor haiwan, dia tinggal bersama Russel dan keluarga.



Sumber: Western PA Humane Society 

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.