Header Ads

Perihal Si Kucing Siam


Kucing Siam merupakan baka kucing yang dipelihara di seluruh dunia. Ia mudah dikenali dari penampakannya yang ramping dan suara 'meow'nya yang tersendiri. Kucing Siam berasal dari Thailand ini mula diperkenalkan ke dunia barat pada akhir tahun 1800.

Pada tubuh fizikal, kucing Siam memiliki tubuh ramping dengan kaki dan ekor panjang disertai mata yang berwarna biru. Bulunya pendek dan mudah dikenali dari bulu penanda di kaki, ekor, atau pada wajahnya yang berwarna gelap

Berat kucing Siam jantan adalah  antara 4kg hingga 7kg sedangkan yang betina kira-kira 5 kg.Seiring penambahan usia, warna bulu kucing Siam umumnya akan semakin gelap.


Secara umum, kucing Siam adalah kucing yang ramah. Mereka dikenali dari variasi tona suaranya yang lembut hingga keras. Kucing Siam juga dikenali dari sifatnya yang cerdas, rasa ingin tahu serta kelincahannya.Oleh kerana itu, ia mudah dipelihara oleh warga tua mahupun kanak-kanak. Kucing Siam mudah untuk hidup dengan haiwan peliharaan rumah yang lain.


Purata umur mereka mampu mencapai sehingga 13 tahun, bahkan mampu ke usia 17 hingga 20 tahun jika mendapat diet yang sihat dan rawatan yang baik. Antara maslaah kesihatan yang sering muncul pada baka ini adalah masalah ginjal, jantung, ekor dan mata juling. Kucing Siam mudah dirawat dan lasak.


Kucing siam memerlukan perhatian yang rapi, justeru itu ia tidak sesuai untuk tuan yang tidak sering berada di rumah. Kucing ini juga terkenal dengan 'sikap keras kepala' dan mengeluarkan bunyi yang keras.

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.