Panduan Menghadapi Kelahiran Anak Kucing
Menanti kelahiran anak kucing
pertama memang mengujakan. Setiap pemilik haiwan peliharaan perlu mengambil
tahu tentang beberapa perkara asas antaranya persiapan sebelum kelahiran dan
persediaan ketika proses kelahiran. Ikuti panduan yang Haimeow ingin kongsikan
kali ini.
Umumnya kucing akan bunting dalam
tempoh 63-65 hari. Disebabkan tempoh bunting
hanyalah sekitar sembilan minggu, maka segalanya akan berlaku dalam keadaan
singkat. Antara tanda-tanda yang kelihatan adalah kucing lebih berselera makan,
puting susu menonjol serta kemerahan iaitu sekitar dua minggu selepas mengawan.
Perutnya akan menonjol dan semakin lama semakin membesar.
Anda boleh membawanya ke klinik haiwan untuk pemeriksaan
lanjut. Secara purata kucing akan melahirkan 3-4 ekor anak. Namun, ada yang
hanya dua ekor bagi kucing yang pertama kali bunting ataupun boleh jadi enam
sekaligus. Apa-apa pun, tahniah anda bakal jadi ‘datuk’ atau ‘nenek’!
PERSIAPAN SEBELUM KELAHIRAN
Sediakan kotak kosong yang dialas
atau tempat yang selesa untuk si ibu melahirkan anaknya. Kebiasaan ibu kucing
lebih tertumpu pada kawasan yang gelap dan tidak mudah dilihat untuk melahirkan
anak.
Sewaktu melahirkan anak, ibu
kucing tidak selesa jika persekitarannya terlalu terbuka dan mudah didekati
kucing lain.
KETIKA KELAHIRAN
Setiap ibu kucing akan menjilat
dan membuang lendiran yang melekat pada anak kucing, namun jika tidak, risiko
anak kucing akan mati lemas adalah tinggi. Sekiranya situasi ini berlaku,
pemilik kucing perlul campur tangan untuk mengelakkannya mati.
Anda boleh membersihkan selaput
itu dengan kain lembut sehingga kering dengan cara mengosokkanya agar dapat
meransang anak kucing itu untuk bernafas. Pastikan hidung kucing juga tidak
tersumbat dengan lendir dengan cara menyedut sisa lendir itu bagi memberikan
ruang untuk anak kucing bernafas.
KESULITAN KETIKA KELAHIRAN
Selain itu, anda sebagai penjaga
perlu menyediakan kelengkapan seperti sarung tangan, gunting yang telah steril
(bebas dari kuman), penyepit, kapas dan sedikit iodin sebagai langkah awal
sekiranya ibu kucing gagal memotong tali pusatnya.
SELEPAS KELAHIRAN
Ketika menjaga ibu
kucing selepas kelahiran, anda perlu berhati-hati dalam mengendalikan
anak-anaknya kerana takut ibu kucing akan menjauhi anak kucing jika bau anda
melekat pada badan anaknya. Terdapat ibu kucing yang bertindak agresif
sekiranya ‘benda asing’ cuba mendekatinya anaknya.
Selain itu, sediakan makanan dan
minuman yang cukup bagi kucing anda. Si ibu akan kehilangan tenaga, protein dan
vitamin selepas melahirkan anak. Makanan yang berkhasiat dan bersih untuk si
ibu agar dia dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk si bulus kecil.
Post a Comment