Header Ads

"Biase Dia Ni!" - Tips Elak Kucing Cakar Perabot


Tidak dinafikan kucing secara berkala ataupun rawak mempunyai tabiat untuk mencakar perabut kayu, permaidani dan sebagainya. Keadaan ini sering menghantui pemilik kucing di luar sana yang sayangkan harta benda disamping turut mengasihi si bulus mereka. Naluri semulajadi kucing itu sendiri samada kucing liar, kucing yang berkeliaran di luar rumah mahupun kucing belaan (indoor) untuk mencakar adalah perkara normal.

Antara penyebab mengapa kucing mencakar adalah untuk menajamkan kuku mereka. Kuku merupakan aset penting buat kucing untuk mengawal keselamatan diri jika diundang bahaya. Selain itu, kucing merupakan haiwan yang mempunyai sifat ingin tahu dan suka memanjat, maka kuku yang panjang dan tajam adalah penting untuk membantu mereka mengawal pergerakan.
Langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah kucing anda mencakar perabut adalah dengan menyediakan ‘scratching post’ (tempat kucing mencakar). Memarahi ataupun menghalangnya tidak akan berhasil.

Sediakan scratching post sebagai tempat kucing anda mencakar yang boleh didapati di kedai-kedai haiwan peliharaan. Letakkan scratching post ini berdekatan dengan barang kepunyaan anda seperti perabut, langsir dan sofa yang sering menjadi sasaran untuk dicakar.

Anda juga perlu perhatikan gerak-geri kucing anda agar anda tahu waktu yang selalu kucing anda mencakar. Ini kerana, jika ternampak mereka akan memulakan aktiviti mencakar, alihkan mereka dari kawasan itu dan tempatkan mereka berdekatan dengan scratching post itu. Sesungguhnya memelihara seekor kucing bukan lah mudah tetapi mengajar kita erti kesabaran.

Kucing tidak begitu menggemari sebarang jenis limau dan bahan ini boleh anda gunakan untuk menghalangnya kembali mencakar di tempat yang tidak sepatutnya dicakar. Caranya mudah, anda sediakan botol air pancutan. Isikan dalam botol tersebut dengan kandungan air limau kasturi atau limau purut dan semburkan pada bahagian perabot-perabot yang sering dicakarnya.

Selain itu, anda boleh memotong kuku kucing anda secara berskala. Proses ini dinamakan ‘nails clipping’, dimana anda perlu memotong bahagian yang tajam (hujung kuku) sahaja. Elakkan dari memotong kesemua bahagian kuku kucing anda. Selamat mencuba!

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.