Header Ads

Café Cat Town - Kafe Kucing Pertama di Amerika Selatan


Berita baik buat pencinta kucing di seluruh pelosok dunia apabila sebuah kafe kucing telah dibuka di Oakland, California, Amerika Syarikat. ‘Cafe Cat Town’ ini memberi nafas baru buat pencinta kucing untuk merasai sendiri suasana santai, lepak minum kopi bersama kucing kesayangan mereka sambil ditemani sekumpulan si comel yang suatu ketika dulu merupakan ‘penghuni jalanan’.
Kini, mereka telah diambil, dirawat serta dijaga bagi menemani pengunjung kafe yang mesra kucing ini.

IDEA
Adam Myatt dan Ann Dunn adalah pengasas yang bertanggungjawab menjalankan segala gerak kerja sehingga wujudnya sebuah kafe kucing yang mereka gambarkan sebagai "satu kawasan permainan terperinci" yang membolehkan pelanggan duduk minum sambil menghabiskan masa berkualiti bermain bersama 16 kucing ‘angkat’ mereka.
Cat Town Café ini telah dibuka pada 25 Oktober yang lalu setelah segala peruntukkan telah mencukupi, lalu mereka telah menetapkan sebuah rumah di daerah Oakland, California sebagai tapak kafe kucing ini. Individu yang mencetuskan kegilaan minat baru ini telah berjaya melonjakkan ‘Cat Town Café’ sebagai kafe kucing yang pertama di Amerika Utara.



KUCING ANGKAT
Semua kucing tersebut adalah dari pusat perlindungan tempatan, ‘Cat Town Adoptions’ dan salah seorang daripada pemilik Cat Town Cafe merupakan pekerja di sebuah organisasi penyelamat haiwan.

Tumpuan utama pertubuhan itu adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk mengambil kucing angkat serta memberikan perlindungan kepada si comel tidak bertuan ini yang saban hari semakin disisihkan, tua dan berpenyakit.


ZON KUCING

Selain itu, Cat Town Cafe ini menampilkan satu ruang khas yang dipanggil ‘Cat Zone’, di mana kucing-kucing mereka akan bebas berkeliaran disamping pengunjung boleh mengambil kucing tersebut untuk adopsi. Kafe ini mula beroperasi seawal jam 8 pagi sehingga 7 malam, dan ‘Cat Zone’ akan dibuka pada 10 pagi hingga 7 malam juga.

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.