Header Ads

Kepercayaan Masyarakat Umum Mengenai Kucing Hitam


Di negara-negara barat, kucing hitam seringkali dikaitkan dengan unsur-unsur sihir dan magik. Terdapat pelbagai definisi tentang stigma atau kepercayaan karut mengenai makhluk Allah ini.

Menurut penelitian dan kajian dari ‘Journal of Applied Animal Welfare Science’ sekitar tahun 2013, kucing hitam jarang diambil sebagai ‘anak angkat’ kerana kepercayaan dan mitos yang mengatakan kucing hitam pembawa nasib malang.

Hingga kini, fahaman tahyul ini masih terus berkembang mengikut kepercayaan pelbagai bangsa. Hakikatnya, stigma ketakutan terhadap kucing hitam ini telah mempengaruhi minda masyarakat. Ada yang masih menganggap kucing hitam ini pembawa malang hingga tergamak mendera dan menganiaya kucing hitam tanpa belas kasihan.

MITOS SATU DUNIA

1) Jerman: Dipercayai apabila ada seekor kucing hitam melompat ke tempat tidur orang sakit, maka kematian akan menghampiri pesakit itu.

2) Finland: Masyarakat di sana percaya bahawa kucing hitam berupaya bawa jiwa manusia ke alam yang lain iaitu, ghaib. Kepercayaan ini turut dikenali sebagai the transporter.

3) Normandy, Perancis: Ketika dalam perjalanan atau menghala ke suatu destinasi, jika terlihat seekor kucing hitam yang sedang menyeberang di tengah bulan purnama, masyarakat di sana percaya bahawa mereka akan diserang oleh sesuatu yang mengerikan.

4) China: Masyarakat di sana menggangap kehadiran seekor kucing hitam merupakan petanda bahawa mereka akan terkena penyakit atau jatuh miskin.

5) India: Jika menghadapi jiwa yang bergelora, bebaskan masalah itu dengan membaling kucing hitam ke dalam api yang marak.

6) Celts, Ireland: Tanggapan mereka bahawa kucing hitam dapat meramalkan masa depan seseorang.

7) Druids, Ireland: Pada masa itu, orang-rang inggeris kuno percaya bahawa kucing merupakan jelmaan seseorang yang berbuat jahat pada masa lalu sebelum disumpah menjadi seekor kucing hitam.


8) Malaysia: Sekiranya jenazah seseorang tiba-tiba dilangkah seekor kucing hitam, maka jasad tersebut akan bangkit dan menjadi hantu.

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.