Header Ads

Kucing Anda Stress? Ini Simptom & Cara Penyelesaiannya


Kehidupan moden yang serba pantas di samping tuntutan kerja yang tidak pernah surut membuatkan majoriti antara kita sentiasa berada dalam kesunyian serta tekanan dalam menguruskan kehidupan yang penuh tanggung jawab.

Ramai yang memilih kucing sebagai haiwan peliharaan bagi menghilangkan tekanan, namun tahukah anda, sebaliknya kucing lebih terdedah kepada kemurungan dan tekanan berbanding manusia. Haiwan peliharaan seperti kucing akan jatuh sakit hingga boleh mengundang maut jika mengalami tekanan yang berterusan tanpa ada penyelesaian daripada pemilik kucing.

Penyebab

Gejala kucing stres ini akan kelihatan apabila si bulus anda sering mundar-mandir tanpa arah tuju, sering bersembunyi dari pemiliknya, kemurungan berterusan serta secara tiba-tiba hilang selera makan. Ekspresi stres bagi kucing jantan pula kelihatan apabila sering melakukan spraying atau pancutan air kencing tanpa kawalan, selain kebosanan akibat tiada pasangan untuk mengawan turut menyumbang kepada tekanan. Oleh itu, pemilik kucing disarankan untuk memandulkan kucing mereka bagi mengurangkan mengalamai tekanan, berbanding yang tidak dimandulkan.

Sebagai pemilik, kita cuba melakukan yang terbaik untuk memberikan hidup yang selesa, tetapi kita tidak mampu memenuhi keperluan mereka secara menyeluruh lalu mengakibatkan sesetengah kucing yang stress kerap menjilat bulu mereka secara keterlaluan sehingga terdapat kesan tompok botak dan ruam pada badannya yang dipanggil sebagai ‘Psychogenic Alopecia’.

Aktiviti Menangani Stress


Bola kucing adalah salah satu mainan yang dapat membantu kucing menenangkan fikirannya buat seketika. Bola kucing ini mampu membuatkan kucing anda yang stres agar bergerak dan aktif. Biarkan kucing anda memilih waktu dan ruang yang selesa buatnya untuk bermain kerana setiap makhluk di muka bumi ini kadangkala memerlukan waktu bersendirian untuk meluahkan segala perasan mereka, termasuk meow kesayangan anda.

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.