Header Ads

Kenali Grumpy Cat - Selebriti Kucing Berwajah Masam


Sejarah Grumpy Cat
Grumpy Cat menjadi sensasi di laman sesawang setelah adik lelaki Bundesen, iaitu Bryan telah mengambil gambar Tardar Sauze dan memuatkan secara senyap di sebuah laman web berita sosial dan media, Reddit pada 22 September 2012.
Kemudian, tidak semena-mena gambar kucing yang memiliki wajah yang masam ini telah menjadi ‘viral’ sehinga gelar Selebriti Kucing yang popular. Grumpy Cat dilahirkan pada 4 April 2012 dan kucing wajah masam ini merupakan seekor kucing betina.
Pemiliknya, Tabatha Bundesen  memberitahu media tempatan bahawa wajah Tardar Sauce secara kekalnya kelihatan bengis dan masam disebabkan populasi dari kucing kerdil (dwarfism) serta campuran baka Parsi, Ragdoll atau Snowshoe.
Menyedari akan fenomena ini, Tabatha pantas mengambil peluang ini dengan menghasilkan sebuah website yang mengisahkan  tentang Grumpy Cat, (www.grumpycats.com).
Kehidupan Selebriti
Pada 14 Julai 2014, pemiliknya telah mewujudkan akaun rasmi facebook ‘The Official Grumpy Cat’, setakat ini telah mencecah lebih daripada 6 Juta ‘likers’.
Lanjutan dari kemasyuran kucing bertuah ini, Grumpy Cat telah dipilih menghiasi pelbagai cover majalah seperti Direct Marketing News, New York Magazine serta The Wall Street Journal. Syarikat pengurusan Grumpy Cat kini mempunyai aset yang dianggarkan melebihi 1 Juta Dolar Amerika. Wow! Pakcik Kayo ...
Paws Note
- Mempunyai pengikut di sosial media hampir 7 juta di facebook dan 500,000 pengikut di Instagram. 
- Bakal membuat penampilan sulung dalam filem ‘Grumpy Cat's Worst Christmas Ever.
- Menjadi bintang undangan program lambang WWE pada 17 November 2014 di USA Network.

- Grumpy Cat antara selebriti kucing yang diundang menjadi ‘tetamu’ istimewa dalam rancangan reality seperti American Idol.

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.