7 Baka Kucing Tidak Bawa Alahan
Sesetengah
penggemar kucing perlu 'menguburkan' niat mereka untuk memelihara si bulus
kerana tidak tahan pada alahan. Kebiasaannya, alahan boleh berlaku disebabkan bulu
atau air liur mereka. Walaupun tidak ada 100% kucing yang terhindar dari
memberi alahan kepada anda, TUJUH baka ini boleh dipelihara dan tidak memberikan
alahan yang teruk kepada manusia.
Devon Rex |
1#
Devon Rex dan Cornish Rex
Sangat
sesuai dijadikan haiwan peliharaan bagi pemilik yang bekerjaya. Devon Rex dan
Cornish Rex adalah dua spesis yang sama, cuma baka jenis Cornish Rex merupakan
baka tertua di dalam class Rex. Baka ini sangat perihatin dan manja apabila
berada dekat dengan pemiliknya. Tidak cenderung untuk mencari 'masalah' semasa
berada di luar rumah. Disebabkan bulunya sedikit, rumah anda pasti terhindar
dari lebihan bulu yang berguguran.
Javanese |
2# Javanese
Baka
jenis Javanese mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan sangat baik untuk di
ajak berkomunikasi. Baka jenis ini seolah-olah memahami setiap perbualan, apabila
bercakap dengannya. Javanese akan memberi tindak balas 'meow' semasa
berkomunikasi. Baka jenis ini diiktiraf sebagai baka yang sangat bagus dalam
kemahiran komunikasi. Javanese juga adalah spesis baka yang setia dan mudah
dilatih.
Sphynx |
3#
Sphynx Cat
Berasal
dari Kanada dan terkenal dengan gelaran kucing tidak berbulu, baka jenis Sphynx
merupakan baka yang sangat sesuai dijadikan peneman anda, yang tidak membawa
alahan kepada pemiliknya. Kulit Sphynx sebenarnya dilindungi oleh bulu halus
yang tidak dapat dirasai dan lihat oleh ramai orang. Disebabkan baka ini tidak
mempunyai bulu yang lebat, kawasan sekitar bahu, telinga dan hidung akan
menampakkan kedutan yang jelas. Berkelakuan baik dan mempunyai tahap tenaga yang
tinggi. Sphynx sentiasa inginkan perhatian dan akan sentiasa mencari jalan
untuk mendapatkan perhatian dari pemiliknya.
Oriental Shorthair |
4#
Oriental Shorthair
Oriental
Shorthair adalah jenis baka yang mempunyai saiz badan yang panjang dan kurus,
dengan telinga yang besar dan mempunyai mata tajam, tampak sombong. Baka ini
tergolong dalam baka jenis siam. Walau bagaimanapun, baka ini tidak kelihatan
seperti baka siam, dan mempunyai lebih daripada 300 warna dan corak. Baka ini
sangat memerlukan perhatian daripada pemiliknya dan kaya dengan kasih sayang.
5#
Colorpoint Shorthair
Baka
yang sangat senang bergaul dan 'murah' dengan kasih sayang. Buat
sesiapa yang memiliki baka ini, pastinya anda akan dilimpahi dengan kasih
sayang yang berpanjangan. Colorpoint shorthair sangat peka dengan keadaan
sekeliling, terutama sekali terhadap perasaan. Jika anda merasa sedih, baka
jenis ini akan sentiasa berada dekat dengan anda bagi memberikan keselesaan dan
ketenangan.
Bengal |
6#
Bengal
Kucing
Bengal adalah hasil dari kacukan kucing tempatan biasa dan harimau bintang asia
(Asian Leopard Cat-ALC). Bengal adalah kucing yang bersaiz sederhana dan besar.
Seperti yang selalu dilihat, Bengal diminati kerana keunikan warna dan keunikan
corak bulunya yang tidak tumpah sepeti anak harimau. Sangat aktif dan gemar
bermain. Baka jenis ini hanya rapat dengan pemiliknya.
Russian Blue |
7#
Russian Blue
Berada
dalam kategori kucing termahal, Russian Blue merupakan kucing yang berasal dari
Rusia dan cukup terkenal dengan gelagatnya yang aktif. Russian Blue merupakan
baka yang mudah bergaul dengan haiwan peliharaan yang lain termasuk anjing.
Memiliki bulu yang pendek dan sangat pandai menjaga kebersihan, baka jenis ini
sangat sesuai dijadikan pilihan bagi individu yang mempunyai alahan terhadap
kucing.
So, no more excuses to not keep cat in your house! Meoww
So, no more excuses to not keep cat in your house! Meoww
Post a Comment