6 Tanda Perlu Tukar Makanan Si Bulus
Sesetengah pihak berpendapat bahawa makanan kucing yang diberikan pada
peringkat awal, perlu berterusan sepanjang hayat mereka. Anda perlu tahu, bahawa
makanan yang diberikan kepada si bulus kesayangan anda harus mendapat diet pemakanan
yang seimbang mengikut kesesuaian umur mereka.
Jadi, jom 'ushar' tanda-tanda perlu gantikan makanan baru buat si comel.
Jadi, jom 'ushar' tanda-tanda perlu gantikan makanan baru buat si comel.
1# Dull, Flaky Coat
Diet yang diperkaya dengan asid lemak adalah komponen utama dalam membantu
penjagaan bulu dan kulit si bulus kekal dalam keadaan yang tip top, walaupun umur mereka
semakin meningkat. Hari ini, makanan kucing mempunyai banyak jenis. Untuk memelihara
kulit dan bulu mereka, makanan yang mempunyai asid lemak dari Omega-3 dan Omega-6
sangat baik untuk menjadikan kulit dan bulu mereka berkilat dan sihat dalam masa yang
singkat.
2# Tidak Sihat
Jika si bulus tidak sihat, mengalami tekanan, atau baru menjalani pembedahan, mereka akan
lebih cepat haus. Diet dengan paras anti-oksidan yang tinggi boleh membantu meningkatkan
tindak balas imun untuk mempercepatkan pemulihan kucing anda, dan dapat
memulihkan mereka dalam masa yang singkat. Tapi! harus diingat, jika kucing anda tiba-tiba kelihatan tidak sihat atau lemah, anda perlu membawa mereka berjumpa doktor dengan segera sebelum menukar diet rutin mereka.
Bergantung kepada saiz dan umur si bulus anda, jika si bulus sudah mencapai usia 5 hingga 7
tahun, mereka sudah berada dipertengahan usia senior. Jadi, diet pemakanan yang
diperlukan juga berbeza. Si bulus yang sudah mencapai usia senior memerlukan nutrisi yang
lebih sesuai dengan tahap dan peringkat umur mereka. Diet yang lebih rendah kalori, tetapi
tinggi dalam serat dan mempunyai makanan tambahan khusus seiring dengan gaya hidup
mereka yang mempunyai antioksidan yang baik. Jenis makanan yang mempunyai lemak dan
Jika kucing mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti, diet pemakanan mereka perlu ditukar mengikut keperluan. Anda perlu memberikan makanan yang mempunyai nutrisi, vitamin, mineral dan kadar kalori yang disukat mengikut keperluan kucing. Si bulus indoor, selalu mengalami masalah obesiti. Dengan pengambilan makanan khusus, mereka dapat mengawal selera makan secara semulajadi. Jika perlu, dapatkan nasihat pakar.
Pemakanan yang tidak sesuai dengan si bulus boleh mengakibatkan kembung perut kronik,
cirit-birit dan boleh memberi rasa tidak selesa pada perut mereka. Ini disebabkan oleh kualiti
makanan yang rendah dan bahan yang tidak sesuai dengan si bulus. Tukar makanan mereka
kepada makanan yang mempunyai diet yang lebih seimbang. Dapatkan rawatan dan saranan
dari pakar jika masalah ini masih mengganggu si bulus anda.
Alahan adalah perkara biasa yang terjadi pada si bulus, dan makanan adalah salah satu punca yang menjadi punca hal ini terjadi. Si bulus yang terdedah kepada masalah ini mungkin tidak mendapat diet pemakanan yang baik dan kadar allergen yang rendah boleh menyebabkan mereka terdedah kepada alahan dan gatal-gatal yang kronik. Pakar akan mengesyorkan makanan yang khas untuk kulit sensitif dan mempunyai kadar diet yang seimbang mengikut kesesuaian si comel.
Post a Comment