Header Ads

Flower Fountain - CATIT


GALAKKAN SI COMEL ANDA UNTUK MINUM LEBIH BANYAK

Minum secara berkala adalah penting untuk kesihatan kucing anda di rumah kerana ia membantu memastikan fungsi buah pinggang yang betul serta membantu mencegah pembentukan kristal yang boleh menyebabkan penyakit saluran kencing. 


Foto - www.catit.com

  • Flower Fountain by CATIT ini mempunyai 3 tetapan aliran air khusus untuk Si "peminum" yang cerewet atau memilih
Oleh itu, Catit telah menampilkan 3 tetapan yang berbeza; aliran air yang lembut, bahagian atas menggelegak dan aliran air yang tenang.

  • Aliran air bersih sepanjang masa
Tidak seperti mangkuk air biasa, Catit Flower Fountain mengeluarkan air yang ditapis lalu mengalir ke permukaan. Ini menghalang kucing anda daripada akses kepada air kotor mahupun terdedah.

  • Triple Action Filter - membantu mencegah penyakit saluran kencing
Penapis Triple Action membuang magnesium dan kalsium dari air paip. Bahan galian ini sering terkumpul di saluran kencing lalu mengakibatkan penyakit pada saluran kencing; yang merupakan isu kesihatan umum untuk kucing.

Selain itu, penapis prestasi tinggi ini mampu menghilangkan bau klorin dan bakteria, mengekalkan rambut yang gugur, kelodak serta serpihan.

  • Mudah dibersihkan
Flower Fountain mudah untuk dibersihkan. Setiap komponen mudah diakses dan boleh dibersihkan dengan air serta sabun semula jadi. Anda perlu pastikan bekas air ini dibilas dengan teliti semasa pembersihan.



Foto - www.catit.com






Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.