Header Ads

Cat Expo : Ekspo Kucing Terbesar



Murni Ekspo Sdn Bhd selaku penganjur untuk ekspo kucing terbesar yang buat pertama kalinya diadakan di Malaysia, khusus untuk kucing perlu diberi pujian. Kelancaran aktiviti dan vendor yang terlibat dalam menjayakan Ekspo kucing juga tidak kurang hebatnya.

Orang ramai yang datang ke Ekspo Kucing terbesar di Malaysia ini tidak pulang dengan tangan kosong. Kebanyakan booth yang ada di ekspo ini menawarkan harga promosi dan free gift yang menarik. Sebanyak 120 booth jualan termasuk jenama utama makanan kucing di Malaysia seperti Royal Canin, Nature’s Protection, Snappy Tom, Equilibrio, Blackwood dan Nutri Edge, turut mengambil bahagian dalam acara ini.



Sejak jam 11.00 pagi lagi kaunter tiker diperkarangan pintu masuk MATRADE Exhibition and Convention Centre sudah dipenuhi para pengunjung. Acara tiga hari ini juga turut menampilkan haiwan peliharaan lain seperti arnab, hamster, guinea pig, reptilia dan haiwan eksotik yang lain. Pengunjung juga turut berpeluang untuk melihat Alpaca dan haiwan lain yang dibawa khas oleh Farm in the City.


Kemeriahan dan kehangatan Ekspo Kucing 2017 yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 September hingga 1 Oktober di MATRADE Exhibition and Convention Centre, Kuala Lumpur, mendapat sambutan yang benar-benar luar biasa!!! Terima kasih untuk peminat kucing seluruh Malaysia yang datang memberikan sokongan!



Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.