Header Ads

Cuaca Panas Beri Risiko Pada Meow


Panasnya cuaca sekarang! Begitu komen seorang kenalan kepada penulis waktu kami sedang menghirup kopi ais di sebuah kafe. Penulis terus memberi respond sambil mengiyakan kata-kata kenalan tadi.  Penulis menjelaskan padanya yang kepanasan melampau bukan sahaja akan memberi kesan pada manusia tetapi pada haiwan khususnya kucing juga.

Pada masa kini, kebanyakan tempat di Malaysia dilanda cuaca panas dan kering akibat pemanasan global atau fenomena ‘Ekuinoks’ yang dijangka akan berlarutan sehingga pertengahan tahun ini. Fenomena ini bukan permata kali terjadi malah ianya berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu pada bulan Mac dan September dengan suhu paling panas melanda terutama di Semenanjung Malaysia.

Justeru, kita semua seringkali melihat banyak iklan di kaca televisyen dan media cetak yang menyampaikan pesanan untuk melindungi diri dan menjaga anak-anak daripada bermain dan berjemur ketika cuaca panas melanda. Namun, adakah kita pernah terfikir tentang melindungi haiwan kesayangan kita, sebagai contoh, seekor kucing?


SINARAN MATAHARI

Haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing juga boleh mendapat ‘Sun Burnt’ atau selaran matahari, sekiranya kerap terdedah kepada terik matahari yang berpanjangan. Kucing yang banyak menghabiskan waktu di luar dengan berjemur ketika musim panas melanda. Keadaan ini lebih berisikp pada kucing yang mempunyai bulu berwarna terang untuk mengalami kesan haba cahaya matahari.

Kesan musim panas yang berlarutan akan menyebabkan kucing-kucing ini bakal terdedah dengan penyakit kanser kulit. Jadi, sebelum pemilik kucing sewenangnya membiarkan kucing kesayangan berada di luar terlalu kerap ketika musim panas, anda perlu menyediakan penjagaan yang mencukupi untuk si bulus, sama seperti kita menjaga anak-anak mahupun diri sendiri dari diserang simptom-simptom akibat fenomena ‘Ekuinoks’ yang sedang melanda negara kita.'



TELINGA KUCING

Bahagian tubuh kucing yang berisiko adalah telinga mereka kerana bahagian itu mempunyai bulu berwarna terang yang menyebabkan ia cenderung untuk terbakar di bawah sinaran matahari yang terik. Tambahan lagi, fakta menunjukkan kucing selalunya akan menghabiskan berjam-jam berjemur dan secara tidak langsung, risiko kanser kulit meningkat secara mendadak.

Contoh di negara-negara Mediterranean seperti Sepanyol, Perancis, dan Itali, dapat dilihat terdapat banyak kucing berkeliaran dengan kedua-dua telinga mereka hilang kerana diserang kanser kulit. Ini disebabkan kawasan tersebut sering menerima iklim cuaca yang panas secara berterusan. Hal ini mengakibatkan kanser kulit pada kucing ini telah menjadi lumrah buat masyarakat di sana.

TATTOO TELINGA
Pemilik kucing di sana turut mendapatkan khidmat doktor veterinar untuk membuang bahagian telinga kucing yang berisiko diserang kanser kulit. Selain itu, satu kaedah pelik telah digunakan bagi membantu memberikan perlindungan telinga dari sinaran matahari yang terik dengan membuat ‘tattoo’ telinga berwarna hitam.

Sudah tentu ada kaedah lain yang pastinya lebih mudah untuk melindungi haiwan kesayangan kita dari kesengsaraan kesan haba dari matahari. Apabila anda membiarkan kucing indoor atau outdoor bebas berkeliaran di luar, pastikan anda menggosok krim matahari ke telinga dan kawasan-kawasan yang terdedah serta tidak ditutupi dengan lapisan bulu tebal.



PERLU AIR
Sebaiknya, pemilik kucing perlu pastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi untuk kucing kesayangan ketika musim panas melanda. Penyediaan beberapa mangkuk air di kawasan taman atau tempat yang sejuk bagi memudahkan kucing anda untuk minum air sepanjang hari walaupun mereka bebas berkeliaran.

Selain itu, sediakan ruang berjemur yang redup buat kucing anda agar tidak terlalu terdedah dengan sinaran terik matahari yang boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Jika anda mengesyaki bahawa kucing anda mengalami kesan ‘heat stroke’ seperti kaki kucing sangat berat, seolah-olah menjadi lembik dan kucing dalam kebingungan, serta merta sejukkan kucing anda dalam takung mandian air sejuk dan selepas itu bawa ke klinik haiwan berhampiran bagi rawatan susulan.

Semoga langkah-langkah di atas berjaya melindungi haiwan kesayangan anda daripada kesan kepanasan melampau akibat fenoma Equinoks atau ketika menghadapi hari-hari panas. Elakkan haiwan kesayangan anda dari sebarang penderitaan dan pastikan musim panas ini dapat dinikmati oleh setiap keluarga anda secara santai.

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.