Header Ads

Tips Mencari Hotel Kucing Yang Terbaik!


Perkhidmatan ‘boarding’ bukanlah semata-mata penyediaan hotel untuk kucing sahaja, malah ia merupakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh setiap pemilik kucing yang sanggup meninggalkan haiwan peliharaan kesayangan dengan harapan agar kucing mereka dipelihara dengan baik serta keadaan yang sihat sebagaimana semasa dalam pangkuan mereka.

Tips HaiMeow

1. Tengok dan tinjau keadaan kedai, sama ada kucing bebas berkeliaran atau tidak.

2. Adakah perkongsian sangkar diamalkan? Jika diamalkan, mampu memudaratkan kucing seperti jangkitan penyakit dan bergaduh.

3. Penilaian dari segi bau, busuk ataupun tidak kerana sebagai pemilik kita boleh mengesan bau yang kurang enak sudah pasti mencerminkan keadaan hotel kucingnya yang tidak bersih.

4. Sistem pengudaraan yang baik serta penggunaan teknologi pengaliran udara yang bersih mampu menyajikan suasana yang tenang buat si bulus kesayangan.

Antara langkah-langkah penyediaan hotel kucing yang terbaik demi memastikan keselesaan serta kebersihan si bulus kesayangan anda terjamin tanpa perasaan ragu-ragu sebelum membuat pilihan untuk meninggalkan kucing peliharaan anda di mana-mana Hotel Kucing.

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.