Header Ads

Calico, Warna Si Kucing Ala ‘Lots Of Mix’


Pemilik si bulus, pernah tahu tentang warna kucing comel ni? Agak rare juga kan.

Meh Haimeow kongsikan, ini lah warna Calico yang cukup popular pada kucing-kucing domestik dan kampung. Kebiasaannya, mempunyai 3 warna utama iaitu putih, hitam dan oren.

Selain itu, 90% kucing yang berwarna CALICO merupakan jenis betina kerana genetik serta percaturan semulajadi.


Di luar Amerika Utara, corak ini lebih biasa dipanggil tortoiseshell and white. Di wilayah Quebec, Kanada pula, kadangkala mereka menggelarkannya chatte d'Espagne, manakala di Jepun, corak itu disebut tobi mi-ke yang bermaksud triple fur.  Antara nama lain termasuk brindle, tricolor cat, patches cat dan sebagainya.

Jangan terkejut kerana terdapat sesetengah kucing corak Calico turut mempunyai mata yang berlainan warna tau! Pernah tak korang jumpa kucing ala-ala pan-Asia macam ni?



Kalau korang nak tahu, dua warna yang ganjil itu dikenali sebagai Heterochromia atau 'Odd-eyed cat'. Kucing tersebut akan memiliki sepasang mata dengan satu warna biru dan sebelah mata sama ada hijau, kuning atau coklat.

Keadaan itu paling biasa berlaku pada kucing-kucing berwarna putih tetapi boleh terjadi dalam kucing pelbagai warna, dengan syarat bahawa ia mampu 'mengesan' gen warna putih.




Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.