Header Ads

Powercat Run & Save The Cats 2016


Hati siapa yang tidak tersentuh sewaktu melihat kehadiran puluhan kucing-kucing jalanan yang masih bingung tentang rutin kehidupan mereka kelak.

Adakah mereka terus menjadi penghuni di pusat perlindungan haiwan sehingga penghujung riwayat hidupnya? Atau, mungkin nasib kucing malang ini hanyalah untuk terus dicemuh, dicaci, dan dimarahi gara-gara meraih simpati serta ehsan dari manusia? Sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, tepuk dada tanya selera.

Lanjutan daripada itu, bagi meringankan keperitan dan kesengsaraan kucing-kucing yang sering disisihkan ini, Limitless HQ Services dengan kerjasama produk makanan kucing tempatan, Powercat bakal menganjurkan satu larian amal iaitu Powercat Run & Save The Cats 2016. HaiMeow adalah media rasmi bagi acara ini.



Ia bertujuan meningkatkan kesedaran serta membantu mengumpul dana untuk disumbangkan pada pusat perlindungan haiwan, S.I Home Shelters.

Ayuh, isikan masa terluang anda wahai pencinta kucing pada 24 Disember 2016 bertempat di Monumen Alaf Baru Putrajaya bagi menyertai larian amal, program kucing angkat (adoption) serta berpeluang bergambar bersama selebriti kucing tempatan, Oh My Jep. 

Bak kata Jep, kalau ‘acik’ dan ‘ankel’ tak boleh lari, dapat jalan dengan Jep pun tak apa. Boleh layari 

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.