Header Ads

Fiesta Haiwan Peliharaan 2016 Rai Haiwan Kesayangan Sempena World Animals Day 2016.


Kelebihan pada kucing menyebabkan haiwan yang comel dan manja ini menjadi pilihan kebanyakan pencinta haiwan peliharaan masa kini.

Sempena sambutan Hari Haiwan Sedunia baru-baru ini, Kelab Kucing Malaysia (KKM) telah mengadakan Fiesta Pencinta Haiwan 2016 bertempat di Plaza Shah Alam pada 15 dan 16 Oktober yang lalu.

CLASH OF TITANS - BRITISH CAT SHOW

Pengisian fiesta haiwan selama dua hari ini telah memberi peluang kepada para pengunjung serta pencinta haiwan peliharaan khususnya kucing, malah haiwan kesayangan lain turut memenuhi ruang legar pameran antaranya tikus belanda, arnab, hedgehog, obor-obor, burung, cicak gecko dan sebagainya.

Namun, aktiviti menarik yang menjadi perhatian para pengunjung adalah pertandingan kucing yang sedikit berbeza dimana mengangkat martabat kucing baka British Short Hair iaitu Clash of Titans - KKM British Cat Show 2016.

“Meskipun hanya 60 penyertaan dibuka bagi kategori khas kucing British Short Hair, Clash of Titans - KKM British Cat Show merupakan pertunjukan yang pertama khusus buat jenis kucing bulu pendek itu.

“Jika dibandingkan dengan pertandingan kucing luar negara, mereka sudah lama mengangkat baka British Short Hair melalui kategori khas sebegini. Malaysia masih kurang tetapi sekarang, baka BSH ini telah menjadi kegilaan pemilik kucing tempatan,” ujar Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid yang menggunakan khidmat juri antarabangsa dari Belanda dan Australia.

KASIH PADA SEMUA HAIWAN
Tambahnya lagi, tujuan diadakan kategori khas baka British Short Hair adalah untuk menggalakkan pemilik kucing di Malaysia mahir tentang satu-satu baka yang diiktiraf oleh persatuan kucing antarabangsa seperti Federation International Feline (FIFE).

Selain itu, antara mesej jelas yang berjaya disampaikan oleh Kelab Kucing Malaysia sempena sambutan hari haiwan sedunia 2016 turut menyentuh berkaitan sifat kasih sayang yang tidak berbelah bahagi pada semua jenis haiwan kesayangan serta menerangkan tentang aspek penjagaan seseekor jenis kucing tidak kira baka mahupun kucing domestik.


Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.