Header Ads

AWAS! 7 Tanda Anda Di Benci Si Bulus

Memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan merupakan satu terapi, di mana emosi pemilik si bulus akan menjadi baik selepas melihat telatah mereka yang comel dan lucu. Tetapi, awas! Dalam kecomelan dan kelucuan si bulus, anda mungkin dibenci oleh mereka. 7 tanda anda di benci si bulus dapat membantu anda bertindak, menghindarkan diri anda dari terus di benci.


Cenderamata Hairball
Selalunya kucing yang berbulu panjang akan mengeluarkan hairball. Hairball boleh menyebabkan kucing batuk dan muntah. Dengan berbuat begitu mereka akan merasa lega kerana hairball telah dikeluarkan. Tetapi berhati-hati, jika si manja 'berdendam' dengan anda, kemungkinan besar permaidani import anda menjadi 'port' untuk merekakeluarkan hairball.


'Wangian' Si Bulus
Menjadi kebiasaan kucing jalanan yang akan meninggalkan tanda-tanda yang kurang enak pada rongga hidung anda. Hati-hati! Jika si bulus anda 'buat perangai' tempat paling empuk seperti sofa akan menjadi tempat 'penanda' mereka. Si bulus akan memberontak dan meninggalkan bau-bauannya di ruang rumah anda, bila anda lupa untuk membersihkan litter box mereka. Jadi, tuan bulus semua, jangan lupa bersihkan bekas litter box si manja anda.


Cari Gaduh
Si bulus yang membenci si tuan, selalunya akan mencari 1001 idea untuk menyakitkan hati tuannya. Dapat dilihat semasa anda di dapur. Bekas makanan si bulus masih banyak, tetapi si bulus tetap cuba mencuri ikan yang ada, walhal si bulus tidak makan ikan yang di ambilnya.

Mangsa sebagai hadiah
Kucing merupakan haiwan pemangsa yang baik. Setakat haiwan yang kecil seperti tikus, lipas dan lipan, sudah menjadi 'makanan' mereka untuk 'dikerjakan'. Tetapi yang mengejutkan, si bulus membawa masuk mangsa mereka ke dalam rumah dan di biarkan merata-rata dan ada bangkai yang meninggalkan bau yang kuat seperti tikus.

Pengacau 'Berbulu'
Ketika anda sedang membuat sesuatu pekerjaan, terkadang dengan sengaja si bulus datang dan menjadi 'pengacau' paling comel sedunia. Dengan sedaya upaya si bulus akan mengganggu anda dari meneruskan kerja yang ada.


Bulu
Kucing dan bulu tidak dapat dipisahkan. Bulu kucing walau diberi rawatan terbaik sekali pun tetap akan tertanggal. Si bulus selalunya akan duduk di tempat-tempat penting kepunyaan anda seperti baju. 'Port' paling seronok untuk didiami oleh si bulus adalah baju. Baju yang anda selalu guna pakai akan menjadi tempat kegemaran mereka, kerana mereka ingin anda menyedari tentang kewujudan mereka.

Hilang
Selalunya barang-barang kecil seperti getah rambut, sapu tangan dan botol ubat sentiasa menjadi permainan si bulus. Sebelum semuanya hilang dari pandangan mata anda, lebih baik anda menyimpan barang-barang penting yang menjadi permainan si bulus ditempat yang selamat dan terhindar dari si dia.

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.