Header Ads

Dengkuran Merlin Sekuat Kereta Api


Terletak di Torquay, sebuah bandar tepi pantai di Devon, England, terdapat seekor kucing yang sangat istimewa. Namanya, Merlin, berusia 12 tahun dan haiwan peliharaan ini memilik satu sifat luar biasa iaitu mampu menghasilkan bunyi dengkuran (purring) yang lebih kuat daripada bunyi kereta api London Underground, pengering rambut atau gerudi tangan.            
Hal ini kedengaran pelik tapi itulah kebenaran dan keunikan yang dimiliki oleh kucing peliharaan, Tracy Westwood, 47 ketika terjaga dari tidur ataupun sedang kelaparan. Ekoran sifatnya itu, kisah Merlin telah mendapat perhatian media tempatan dan pencinta kucing.
Kucing Angkat
Menurut Westwood, Merlin yang diambil dari pusat perlindungan haiwan di Kingskerwell kira-kira 10 tahun lalu. Selain itu, Merlin merupakan haiwan peliharaan yang cukup istimewa dan gelagatnya pasti mencuit hati mereka sekeluarga.
Kekuatan dengkuran yang pernah dihasilkan oleh Merlin mampu mencecah 100 desibel (dB), walhal kebanyakan kucing domestik hanya mempunyai keupayaan dengkuran pada kira-kira 25 dB sahaja. Pemiliknya turut mengalami kesukaran ketika mengadakan perbualan dalam telefon mahupun menonton televisyen akibat bunyi dengkuran yang terlalu kuat.
“Ketika perbualan dalam telefon, saya sering diajukan soalan yang bertanyakan, adakah bunyi bumi bergegar, lalu saya menerangkan itu hanya bunyi dengkur Merlin,” ujar Puan Westwood yang bekerja sebagai pembaca kad tarot dan pengamal sihir lilin.
Rekod Dunia
Pada 25 March 2011 yang lalu, Puss Smokey, kucing baka ‘British Short Hair’ dari daerah Northampton telah mendapat pengiktirafan daripada badan dunia, Guiness World Record. Ia merupakan pemegang rekod bagi kategori dengkuran kucing terkuat dengan catatan 92 dB. Namun takhta itu akhirnya telah menjadi milik Merlin atas kekuatan dengkurannya yang mencecah 100 dB dan seterusnya melayakkan ia memegang gelaran kucing paling bising dengkuran di dunia.
Pakar bunyi memberi amaran bahawa pendedahan kepada tahap bunyi yang lebih daripada 90 hingga 95 desibel boleh mengakibatkan kehilangan pendengaran yang kekal dan perkara ini telah menyebabkan anjing Puan Westwood pekak.
INFO

1) Dengkuran kucing mempunyai daya penyembuhan semula jadi kepada manusia kerana getaran yang dihasilkan kucing pada kekuatan 20-140Hz itu merupakan terapi untuk beberapa penyakit seperti stres dan mampu merendahkan tekanan darah.

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.