Header Ads

Gigitan Kucing Bahaya Atau Tidak?


Gigitan haiwan, baik kucing maupun anjing, boleh menyebabkan infeksi bahagian tubuh yang terkena gigitan. Antara gejala yang dialami adalah seperti bengkak, kemerahan, luka dan nanah.

Kajian saintis yang mengkaji tentang hal ini telah membuat kesimpulan bahawa gigitan kucing lebih berbahaya dari pada gigitan anjing. Anjing memiliki bentuk gigi yang tumpul sehingga gigitannya tidak akan menusuk sampai ke dalam.



Sedangkan kucing pula memiliki bentuk gigi yang runcing dan tajam (bagaikan tusukan jarum), sehingga gigitannya menyebabkan luka yang lebih dalam, lantas memasukan bakteria jauh ke dalam sendi dan jaringan tubuh.  Keadaan ini menyebabkan infeksi dimana bakteria yang ditularkan melalui gigi kucing tersebut merupakan jenis bakteria yang sangat susah dimusnahkan dengan antibiotik.


Event : Powercat The Meow Fun Run 2017
Date : 20 May 2017 (Saturday)
Venue : Stadium UPM, Serdang
Flag Off : 7.00am
Registration Online :
https://www.ihevents.com/collections/powercat-the-meow-fun-run



Gigitan kucing juga berpontesi untuk membawa rabies meskipun ia merupakan kes yang terpencil. Rabies merupakan penyakit pada sistem persarafan yang disebabkan oleh virus, yang penularannya terjadi dengan gigitan, cakaran, ataupun luka yang terinfeksi oleh liur atau cairan tubuh haiwan yang terinfeksi rabies.

Meskipun kebanyakan kes infeksi rabies dilaporkan kerana gigitan anjing, gigitan kucing juga tidak terkecuali. Jika wujud gelaja infeksi seperti bengkak yang lambat sembuh, demam, silalah berjumpa doktor dengan kadar segera.  

Terdapat kes di mana seorang lelaki di Toronto yang meninggal dunia setelah seekor kucing mengigit ibu jarinya. Kes kematian lelaki ini tersebut dilaporkan di World Journal of Clinical Cases. 





Menurut doktor, kematian karena infeksi dari gigitan kucing sangat jarang berlaku. Banyak pemilik haiwan peliharaan yang terbiasa digigit oleh kucing namun tidak mengalami masalah serius. Pun begitu, mulai hari ini, sedikit waspada dengan kucing yang agresif untuk mengelakkan risiko digigit kucing.




Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.