Header Ads

7 Sebab Kenapa Kucing Memakan Anaknya Sendiri


Tentu kita punya pengalaman di mana si ibu kucing memakan anaknya sendiri setelah anak kucing dilahirkan.

Mengapa hal sebegini terjadi? Tentu bagi kita ia adalah peristiwa yang luar biasa dan menyayat hati kerana kita tahu kucing adalah haiwan yang tidak agresif dan penyayang.

Mungkin pada pandangan kita, hal ini amat kejam. Namun ini adalah sebab-sebabnya.
  1. Anak kucing mati selepas dilahirkan.
  2. Ibu kucing sedang kelaparan.
  3. Anak baru dilahirkan sakit atau cacat.
  4. Tiada hormon 'maternal instinct".
  5. Ibu muda atau pertama kali melahirkan anak kadangkala keliru dengan anak yang baru dilahirkan. Lantas mengganggap anak kucing yang baru dilahirkan ini seperti tikus yang boleh dijadikan santapan.
  6. Terasa terancam oleh musuh. Buat kucing jantan yang dominan, ia juga akan turut terasa terancam dengan kehadiran kucing lain, termasuklah anak kucing.
  7. Masalah puting susu membengkak, infeksi pada puting susu yang menyebabkan kesakitan.
Akhir sekali, hati-hati ketika membantu proses kelahiran anak kucing terutamanya bila mengangkat atau memegang anak kucing. Jika bau kita terletak agak kuat kerana terlalu kerap/lama memegang anak kucing di bawah umur 2 minggu, ibu kucing mungkin akan membunuhnya.

The Meow Fun Run 2017



Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.