Header Ads

Benarkah Kucing Mempunyai Sembilan Nyawa?


Tentu ramai pernah mendengar bahawa kucing memiliki sembilan nyawa. Benar atau mitos?

Sembilan nyawa kucing ini merupakan mitos Yunani di mana angka 9 itu sendiri dipercayai mempunya kekuatan tersendiri yang dianggap angka ghaib dalam tradisi kuno dan kepercayaan masyarakat purba.


Menurut catatan seorang doktor haiwan di New York City, seekor kucing yang diberi nama Sabrina pernah jatuh dari tingkat 32 dan masih selamat. Walaupun jatuh dari tempat yang tinggi, ia hanya mengalami luka-luka ringan dan hanya patah satu gigi. 



Bagaimana hal ini terjadi?

Mengikut kajian, kucing mempunya daya keseimbangan dan koordinasi yang baik di mana jika ia jatuh (meskipun dalam keadaan terbalik), kucing dalam memutarkan tubuhnya sehingga kaki berada di bahagian bawah sebelum melakukan pendaratan dengan kaki hadapan untuk mengurangkan impak/kecederaan pada tubuhnya. Perkara ini disebut sebagai Terminal Velocity.

Untuk memahami dengan lebih lanjut sila tonton video ini.


Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.