Header Ads

Awas! Tumbuhan Ini Berbahaya Untuk Kucing


Kucing tidak hanya gemar kepada makanan yang biasa diberikan oleh pemilik mereka. Sesekali pasti mereka ingin mengunyah kudapan atau ‘snek’ bagi menukar selera. Ada sesetengah kucing sering mengunyah tumbuhan dan rumput untuk membantu sistem penghadaman badan mereka. Hal ini boleh  mengundang bahaya kepada kesihatan mereka jika tanaman tertutup yang sedia ada di dalam rumah anda mengandungi toksik kepada kucing.

Jika kucing anda mengamalkan pemakanan yang cenderung terhadap tumbuh-tumbuhan, wujudkan beberapa tanaman khas untuk mereka. Selain pemberian Catnip yang didatangkan dalam bentuk mainan, anda boleh mula tanam tumbuhan seperti ini dalam pasu kecil di rumah.

Kucing juga menikmati ‘Valerian’, sejenis tumbuhan dengan gabungan satu sebatian perubatan yang dibuat daripada akar tahun kedua tanaman Valerian yang 100% semula jadi dan tiada bahan tambahan lain yang diperlukan untuk membantu kucing untuk tidur dengan selesa. Memberi makan Valerian kepada si bulus sedikit sebelum membawa mereka ke sesuatu keadaan yang mungkin memberi tekanan kepadanya seperti lawatan ke doktor haiwan atau rumah kucing, adalah sangat membantu meredakan ketegangan.

Anda juga boleh menyediakan tanaman lain seperti Rye atau rumput kucing yang boleh didapati di kebanyakkan kedai-kedai hawain peliharaan. Herba lain seperti daun pasli dan daun thyme menghasilkan haruman yang menyenangkan buat kucing ada ketika mengunyah daun tersebut. Tarikan tanaman tertutup seperti ini boleh membantu menjaga kucing anda daripada terdedah kepada tumbuhan lain di sekeliling rumah, selain membantutkan minat mereka untuk kerap mengunyah tumbuhan hiasan yang berisiko dan bahaya.

Adalah lebih baik untuk melengkapkan diri anda dengan pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan yang berbahaya kepada kucing supaya tanaman ini dapat dielakkan untuk ditanam di rumah. Jauhi dari tumbuhan seperti English Ivy, Lantan, Peace Lily, Pothis, Schefflera dan pelbagai jenis teratai. Tumbuhan sebegini bertoksik yang boleh menyebabkan kucing anda mengalami air liur meleleh berterusan, muntah-muntah, cirit-birit atau kematian. 

Meskipun anda menempatkan tumbuhan bertoksik ini di sesuatu kawasan yang difikirkan selamat, namun tetap berisiko kerana kucing masih boleh mengakses tempat sebegini. Sebaiknya usah tanam langsung dan jika mahu menanam juga,  tempatkan tumbuhan berbahaya ini di luar rumah. Pastikan tumbuh-tumbuhan yang dipilih tidak mengandungi racun atau kandungan yang boleh memudaratkan kesihatan kucing kesayangan anda.

Sumber: Pets.thenest.com



Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.