Header Ads

Kempen Mycat2 Vet - Strategi Kesedaran Baharu Oleh Royal Canin Malaysia


Pada 17 November yang lalu, Majalah HaiMeow telah diundang oleh Royal Canin Malaysia Sdn. Bhd.  untuk menghadiri satu sesi taklimat media khas bagi mempromosikan kempen MyCat2Vet bertempat di The Forum @ The Signature, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Royal Canin Malaysia, sebuah syarikat yang mengutamakan kebajikan dan kesihatan haiwan telah bersedia melancarkan kempen MyCat2Vet ini selepas mendapati 40% daripada pemilik kucing di luar sana tidak membawa haiwan kesayangan mereka ke klinik veterinar bagi mendapatkan pemeriksaan.
Di samping itu, kempen MyCat2Vet juga bertujuan meningkatkan tahap kesedaran pemilik supaya menghantar si comel peliharaan untuk lakukan pemeriksaan secara kerap.

Menurut Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Saintifik Royal Canin serta Doktor Veterinar, Dr. Calvin Cheah, kempen MyCat2Vet diwujudkan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pemilik kucing di Malaysia.



“Ini kerana kajian menunjukkan tiga faktor utama yang mendorong pemilik kucing tidak bawa kucing lakukan pemeriksaan adalah disebabkan bimbang tentang kos rawatan tinggi, kucing tidak menunjukkan tanda-tanda sakit serta pemilik menganggap haiwan peliharaan mereka pandai menjaga diri,” jelasnya yang telah mendapatkan sokongan dan bantuan 200 klinik veterinar dari seluruh negara.

Kempen yang julung kali diadakan di Asia ini akan bermula pada 1 Disember hingga 31 Disember 2016 dan mensasarkan 10 ribu ekor kucing yang terawal untuk mendapatkan pemeriksaan percuma yang merangkumi vaksinasi serta ubat pencegahan parasit.

Pemilik boleh mendaftar kucing kesayangan mereka pada laman web Mycat2vet.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses serta klinik panel yang terlibat. 

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.